Khamis, 11 Oktober 2012

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN


Panduan penanaman sayur

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN
Pengenalan
Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. Sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam secara komersial kerana bebas daripada racun. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak.
Jenis Sayur-sayuran
Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan.
Jadual Jenis Sayur-Sayuran
Bil
Jenis sayuran
Contoh
1
daun
bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung
2
kekacang
kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang tanah dan kacang panjang
3
buah
bendi, cili, kundur, terung, petola, timun, tomato
3
akar / umbisi
halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi
Pemilihan Tapak
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah;
berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.
berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan.
di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien.
mempunyai kemudahan infrastruktur.
mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun.
Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit.
berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian
Penyediaan tapak
Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:
Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.
Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan.Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.
Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.
Iv Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah
ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air
dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid.
Penyediaan batas
Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran seperti :
Membuang rumpai dan batu batan
Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakitmembiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan.
Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.
Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm.
Sungkupan
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos.Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
  • mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
  • menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.
  • mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
  • mengelakkan tumbesaran rumpai
  • mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih.
  • bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.









Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.
Ciri-ciri biji benih yang baik
  • Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.
  • Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
  • Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi.
  • Tidak rosak atau cacat.
Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran
  • Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak.
  • Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
  • Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
  • Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan
Penyemaian biji benih

Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya.Terdapat tiga cara penyemaian:

Semaian terus biji benih besar
  • Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
  • Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
  • Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
  • Tanam sebiji atau dua biji selubang
  • Selepas bercambah, lakukan penjarangan.
Semaian terus biji benih kecil
Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara: 
Semaian terus ke batas tetap.
  • Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
  • Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
  • Beri perlindungan (sungkupan) dan air.
  • Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.
semaian biji benih halus di dalam kotak semaian

Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian
  • penjagaan anak benih lebih mudah
  • anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah.
  • anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama.
  • Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.
Menyemai cara semai tabur
Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,
  • tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis.
  • beri perlindungan (sungkupan) dan air.
  • selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.
Penjarangan
Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.
Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam.

Menyulam
Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.
Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.
Penanaman
Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran.

Mengubah
Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.
Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;
  • Segarkan anak benih sebelum diubah
  • Lakukan waktu pagi atau petang
  • Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.
  • Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.
  • Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
  • Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan
  • Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat.
  • Bekalkan perlindungan dan air.
  • Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari
Naungan
Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih.
Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring.Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.
Penjagaan tanaman sayuran
Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:
Menyiram
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

Merumput

Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pemb
perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

Membuat sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.
Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.
Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran
Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.
Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran
Penyakit
Agen
Simptom
Melecur anak benih
Kulat
Anak benih layu dan mati
Reput akar
Kulat atau bakteria
Pokok layu dan mati
Bintik daun
Kulat
Daun dengan bintik perang atau hitam
Layu bakteria
Bakteria
Urat daun menjadi hitam.Pokok akan layu dan mati
Kulapok
Bakteria
Daun yang diserang layu dan mati.
Karat batang/ daun atau lengai
Kulat
Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.
Memungut hasil
Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.
Masa memungut hasil
Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.

Panduan Memungkut Hasil Sayuran
Sayur-sayuran
Tempoh mula memungut hasil
Panduan
Sawi
4 hingga 6 minggu
Cukup besar tetapi belum berbunga
Timun
4 hingga 6 minggu
Buahnya muda tetapi belum bertukar menjadi warna kekuning-kuningan
Kacang panjang
6 hingga 8 minggu
Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar
Sengkuang
20 hingga 24 minggu
Daun mula menjadi kuning dan gugur.

Cara memungut yang betul ;
  • memotong dengan pisau / sekatur
  • contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu
  • mencabut
  • contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.
  • memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.
  • menggali dengan cangkul/serampang
  • contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lain-lain.
Memasar
Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan seger

Kacang Botor


Tanam Kacang Botor

Kacang botor boleh ditanam di pelbagai jenis tanah tetapi elakkan di tanah yang berair.

Kacang Botor (Psophocarpus tetragonolobus) atau kacang kelisa adalah sayuran kekacang yang menjadi kegemaran orang ramai.

Ia adalah pokok memanjat secara melilit sepanjang di antara tiga dan lima meter (m), akarnya banyak dan tumbuh pada permukaan tanah.

Lenggai bergaris bentuk oblong, antara 16 dan 36 sm panjang, 2.5 hingga 3.5 sm lebar. Semasa muda, lenggai berwarna hijau muda dan bertukar perang bila masak.

Kacang botor dipercayai berasal dari Papua New Giunea dan Asia Tenggara. Ia memerlukan pancang atau junjung untuk memanjat.

Ia selalu ditanam di kebun sayur atau di tepi pagar rumah. Kacang botor merupakan sayuran tradisional, lenggai muda, pucuk , bunga, ubi dan bijinya boleh dimakan.

Bijinya diproses menjadi tempe atau taufu. Daun dibuat dan diguna sebagai ubat pencuci mata yang bengkak, bisul dan kudis, daun yang direbus boleh merawat penyakit vertigo.

Penyediaan tanah 

Kacang botor boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, elakkan menanam di tanah yang berair.
Tanah yang gembur, subur dan pH antara 5.5 dan 6.5 adalah yang paling sesuai.

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 hingga 30 sm bagi memudahkan pertumbuhan akar yang baik.
Batas disediakan berukuran satu hingga 1.2 meter lebar dan panjang mengikut kesesuaian kawasan.

Penanaman

Jarak tanaman ialah 60 sm antara pokok dan jarak antara barisan ialah antara 60 hingga 100 sm. Biji benih boleh ditanam terus ke ladang, gali lubang sedalam dua sm, masukkan satu atau dua biji benih dan dikambus semula.

Biji benih akan bercambah antara 10 dan 14 hari selepas penanaman. Anak benih yang tumbuh ditinggalkan satu pokok yang sihat pada setiap lubang selepas dua minggu penanaman.

Ini bertujuan tidak ada persaingan dalam mendapatkan ruang, air, cahaya, makanan pada tanaman.

Penyediaan junjung

Kacang botor memerlukan junjung, penyokong atau para untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan proses penuaian.

Sistem yang boleh digunakan iaitu dengan memacakkan kayu beruti berukuran 5 sm x 5 sm x 6.5 meter panjang setiap tiga meter, kemudian regangkan dawai kasar antara puncak kayu beluti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas, gunakan paku untuk memasang dawai.

Tali diguna bagi membantu anak pokok memanjat bila telah berumur dua minggu.

Pengairan

Tanaman disiram dua kali sehari di peringkat awal penanaman kerana anak pokok memerlukan air untuk membesar. Penyiraman secara manual atau menggunakan pengairan.

Pengawalan rumpai

Bagi memastikan tanaman hidup subur, kawalan rumpai perlu dilakukan. Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan.

Pastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman.

Pembajaan

Pembajaan asas dengan baja organik atau baja asli yang sudah reput digaulkan pada batas dengan kadar satu hingga tiga kg /meter persegi.

Baja yang disyorkan ialah 45 kg N:100 kg P2O5:100 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada keadaan tanah di sesuatu kawasan.

Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus.

Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar antara 40 dan 50 g sepokok diselangkan setiap dua minggu, tambahan baja berikutnya boleh dibuat selepas tiga atau empat minggu disebabkan jangkamasa penuaian kacang botor yang panjang.

Kawalan perosak

Serangga yang biasa menyerang kacang botor ialah lalat kacang, pengorek kacang dan penyakit yang menyerang ialah karat dan virus mosaic.

Daun dan buah yang diserang perlu dimusnahkan, kebersihan kawasan dijaga, amalkan tanaman giliran dan sembur racun perosak jika perlu.

Pungutan hasil

Hasil buah boleh dikutip antara 10 dan 12 minggu selepas ditanam. Pilih buah yang hijau serta rapuh dan berukuran dia antara 15 dan 20 sm panjang.

Kutipan hasil dibuat dua atau tiga hari sekali untuk mengelakkan buah menjadi tua. Buah yang tua akan berserabut dan tidak sedap dimakan.

Pokok yang subur menghasilkan 10 hingga 12 biji buah sepokok sekali petik selang sehari. Hasil purata buah yang boleh diperolehi anggaran 4000 hingga 5000 kg/0.4 hektar.

Rabu, 10 Oktober 2012

Kacang panjang (Vigna sesquipedalis L)

KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Kacang Panjang
Nama Saintifik : Vigna sesquipedalis (L.)

Komposisi Nutrien :
KandunganAmaun/100g
Protein2.1 g
Karbohidrat4.0 g
Lemak0.9 g
Serabut 1.4 g
Kalsium 61.0 mg
Zat Besi0.8 mg
Fosforus33.0 mg
Kalium53.0 mg
Natrium5.0 mg
Karotena beta513.0 ug
Vitamin B10.1 mg
Vitamin B20.6 mg
Vitamin C48.5 mg
Niacin0.5 mg
KETERANGAN BOTANI

Batang :
Jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga 4 m.

Akar :
Mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas.

Daun :
Jenis majmuk.

Bunga :Berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 - 2.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3 - 6 kuntum setiap tangkai bunga.

Lenggai :Berukuran antara 20 - 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti. 

Kultivar :
 KP 1 (YB902)
Hasil (tan/ha)15 - 20
Warna daunHijau
Mula berbunga selepas tanam (apabila 10% populasi mekar)36 - 40 hari
Panjang buah50 - 76 cm
Tempoh simpanan buah (pada suhu 10°C, 90% kelembapan relatif)7 hari
Kutipan hasil45-50 hari selepas menanam. Tempoh kutipan hasil di antara 30-40 hari.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
20 - 30°C 

Taburan hujan :
138 - 168 mm/bulan

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong 

pH tanah :
5.5 - 6.8 

AMALAN KULTUR

Penyediaan Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral.

Penyediaan anak benih :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih   : 1.5 kg 
Rawatan biji benih     : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g benih .

Penanaman di ladang : 
Cara menanam : Biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanak peroi dan taburkan sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas
Penjarangan     : Dilakukan 10 hari selepas bercambah. 
Jarak tanaman : 20 cm antara baris dan 10 cm antara pokok 

Pengurusan Air : 
Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran. Penyiraman 2 kali sehari secara manual atau sistem renjis adalah disyorkan jika tiada hujan. 

Pembajaan : 
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis TanahJenis BajaKadar 
(t/ha/musim)
Masa  
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
RuduaOrganik5.0-2
Tabur atas tanah
 Inorganik0.810,17,24
Tabur antara pokok
Baging
Organik15 - 20-2
Tabur atas tanah
 Inorganik1.010,17,24
Tabur antara pokok
 2. Bekas Lombong
PasirOrganik20-2
Tabur atas tanah
 Inorganik1.010,17,24
Tabur antara pokok
3. GambutInorganik1010,18  
Tabur antara pokok
4. MineralOrganik3.0 - 5.0-2  
Tabur atas tanah
 Inorganik0.6 10,18
Tabur antara pokok
* Satu minggu sebelum menanam 

PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/PenyakitSimptomAmalan KulturKawalan Kimia
Ulat Pengorek Buah (Maruca testulalis Gayer)Lenggai berlubang dan terdapat sisa najis pada bahagian yang diserangKutip dan musnahkan ulat dan lenggai yang diserangi. lambda 
ii. cyhalothrin 
iii. carbaryl 
Pemakan buah kacang (Euchrysops cnejus F)Terdapat lubang-lubang di atas permukaan buah
-
i. carbaryl 
Lalat kacang (Melanagromyza phaseoli)Terdapat larva dalam daun dan batang menyebabkan pokok layu dan akhirnya mati
-
i. diazinon 
ii. dimethoate
Kutu daun (Aphis craccivora Kock)Bahagian yang diserang terbantut dan kerekot
-
i. profenfos 
ii. malathion
Antraknos (Colletotrichum lindemuthianum)Bintik-bintik berwarna keperangan dan melekuk ke dalamKutip dan musnahkan pokok yang berpenyakiti. captan 
ii. mancozeb
Bintik daun (Cercospora canescens Ell. & Mart)Terdapat bintik-bintik warna perang pada daunKutip dan musnahkan daun yang diserangi. mancozeb 
ii. maneb
Karat (Uromyces appendiculatus)Bintik bulat dan berwarna perang terdapat pada daunKutip dan musnahkan bahagian yang diserangi. cyproconazole 
ii. oxycloride 
iii. mancozeb 
iv. cuprous oxide
Lecuh anak benih (Pythium sp.)Anak benih layu dan akhirnya matiPastikan saliran baik. Tentukan siraman air tidak berlebihani. captan
Mozek daun (Mosaic virus)Daun berbintik dan kerekot. Pokok terbantut dan lenggai menjadi kecilAmalkan kebersihan kawasani. malathion
Reput pangkal (Rhizoctonia solani)Pokok layu dan pangkal menjadi reputCabut dan bakar pokok-pokok yang berpenyakiti. captan
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
35 - 45 hari selepas menanam.

Hasil (kg/ha) :
15,000 - 25,000

Tempoh kutipan hasil :
30 - 40 hari

Cara memunguti :Lenggai dipetik dengan memulas tempohnya.

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil : 
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan. 

Penyimpanan : 
5 - 10°C dengan 90 - 95% kelembapan relatif .

EKONOMI PENGELUARAN
Kos Pengeluaran/haRM 4,470 (Tenaga Keluarga) 
RM 7,710 (Tenaga Upah)
Pendapatan Kasar/haRM 14,000 (@ RM0.80/kg)
 





PENGENALAN
 Kacang panjang (Vigna sesquipedalis L) ialah dari keluarga Leguminosae. Ia merupakan sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat. Kacang panjang adaah sayuran yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia depercayai berasal dari india, tetapi sekarang ditanam di merata kawasan yang beriklim tropika iaitu Asia, Afrika Timur dan Amerika Tengah.
Kacang panjang sesuai ditanam pada suhu 20-30 °C. Ia tahan kepada keadaan kering. Walau bagaimanapun, ia memerlukan diantara 138-168 mm air sebulan. Kacang panjang sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah bergambut dan tanah berpasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong). Nilai pH tanah yang sesuai untuk penanaman kacang panjang adalah diantara 5.5-6.8.
Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama kacang panjang ialah johor, Perak dan Kelantan.
Kacang panjang mengandungi zat pemakanan seperti di dalam jadual 1. Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada kacang panjang ialah karbohidrat (4 g), protien (2.1 g), dan serabut (1.4 g).
Kandungan
jumlah
Protien(g)                                              2.1
Karbohidrat(g)                                        4.0
Lemak (g)                                              0.9
Serat(g)                                                1.4
Kalsium(mg)                                           61.0
Besi(mg)                                                0.8
Fosforus(mg)                                          33.0
Kalium(mg)                                             53.0
Natrium(mg)                                           5.0
Karotena beta(ug)                                   513.0
Vitamin B1(mg)                                       0.1
Vitamin B2(mg)                                       0.6
Vitamin c(mg)                                         48.5
Niacian (mg)                                          0.6
           Jadual 1: Zat pemakanan Kacang Panjang (Bagi setiap 100 g)
Pada kebiasaanya,lenggai kacang panjang yang muda digunakan untuk kebanyakan jenis masakan. Ia juga dimakan mentah sebagai ulam.kegunaan lain yang bukan predisimal ialah untuk gubahan kerana saiznya yang panjang boleh dibentuk atau dipintal menjadi raga. Ada juga lenggai kacang yang dibuat jeruk dan ditinkan.

Khasiat Kacang Panjang

Kacang panjang sering kali muncul dalam menu masakan kita sehari-hari. Selain mudah didapat, kacang panjang juga dapat diolah menjadi beraneka macam masakan. Selain mudah dimasak, bisa ditumis atau dijadikan bagian dari masakan lain. Kacang panjang juga mempunyai berbagai manfaat yang baik untuk kesehatan tubuh.

Kacang panjang atau vigna sinensis, mudah ditemukan di ladang, di kebun, pekarangan rumah, di sawah atau sebagai selingan tanaman palawija lainnya. Perawatan yang gampang, menjadikan tumbuhan yang satu ini mudah ditanam. Pada kacang panjang yang masih muda bila dimakan terasa renyah dan enak dilalap mentah.

Manfaatnya : mengandung betakaroten, klorofil, vitamin B1 dan B2, serat serta pektin. Sayuran ini berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecil risiko stroke dan serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan, menurunkan risiko kanker, membantu mengatasi sembelit, dan bersifat sifat diuretic (peluruh kencing) tingkat sedang.

Di beberapa negara, kacang panjang digunakan untuk mengobati rematik, arthritis, dan gangguan saluran kemih. Sayuran ini berkhasiat untuk menjaga kulit dari gangguan jerawat, membantu pemulihan luka bakar, peluruh air seni, mengatasi diare, eksim, gangguan ginjal, gatal-gatal, dll.

Kandungan Gizi : Vitamin A, B1, B2 dan C, protein, tiamin, riboflavin, fosfor, zat besi, potassium folat, magnesium, mangan, kalori, sodium, karbohidrat, kalsium.

Sementara yang takut kanker payudara dan leukimia, ia ternyata menyimpan zat antikanker. Selain itu, ia juga antioksidan, antivirus, antibakteri, gangguan saluran kencing, dan meningkatkan fungsi limpa. Tentunya yang lebih penting lagi, dapat meningkatkan fungsi sel darah merah, menyembuhkan beri-beri, demam berdarah, mengatasi sakit pinggang, dan kurang darah.

Tidak hanya buah, yang bisa memberikan manfaat. Daun kacang panjang, ternyata juga memberikan banyak khasiat. Dimana untuk meluruhkan air seni, bisa diambil 50 gram daun segar kacang panjang. Bahan-bahan itu kemudian dicuci bersih. Kemudian direbus dengan dua gelas air sekitar 30 menit. Setelah dingin, airnya disaring dan diminum dua kali sehari, pada pagi dan sore hari.

Untuk pengidap sakit pinggang, gunakan 200 gram biji kacang panjang, 200 gram jahe, dan 25 gram kencur. Semua bahan kemudian direbus dengan 500 cc air, hingga tersisa sekitar 200.

Bagi yang banyak aktivitas, kacang panjang bisa digunakan untuk meningkatkan stamina dan mengatasi penyakit cepat lelah. Ambillah 100 gram kacang panjang, ditambah dengan lima buah angco yang dibuang bijinya, serta 25 gram kencur. Semua bahan kemudian direbus dengan 600 cc air. Lalu biarkan hingga tersisa 200 cc. Setelah itu, airnya disaring, ditambah madu secukupnya, dan bisa langsung diminum.

Khusus penderita anemia atau kurang darah, segeralah ambil 200 gram kacang panjang, dengan ditambah 100 gram anggur dan hati ayam secukupnya. Bahan-bahan kemudian dimasak sesuai selera. Makan teratur, bisa mempercepat tercapainya hasil.

Menurut penelitian lainnya, kacang panjang juga dapat untuk menghancurkan batu ginjal, mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa, meningkatkan penyatuan DNA dan RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-beri, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang, rematik, pembengkakan, meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar.

Untuk yang menderita pembengkakan, sediakan 200 gram kacang panjang, 20 gram bawang putih, dan gula merah secukupnya. Bahan-bahan dimasak menjadi sup, dan dimakan secara teratur.

Bagi yang menderita batu ginjal, ambil 200 gram kacang panjang dan 200 gram asparagus. Kedua bahan diblender dengan air secukupnya, hingga tertampung 200 cc. Kemudian direbus hingga mendidih dan airnya diminum hangat-hangat.

Bagi yang ingin meningkatkan nafsu makan, segeralah ambil 100 gram kacang panjang, 40 gram temulawak, 3 buah kiam boi/sun boi direbus dengan air secukupnya. Hasilnya disaring, tambahkan madu secukupnya dan diminum.

Bagi penderita sembelit, ambil 200 gram kacang panjang, 100 gram daun ubi jalar dimasak sesuai selera, dan dimakan secara teratur. Untuk antikanker, sediakan kacang panjang, buncis, brokoli, dan wortel secukupnya. Tumis dan tambahkan bumbu hingga matang dan dimakan secara teratur.

Untuk mengembalikan rambut dari kerontokkan, ambil segenggam daun kacang panjang yang masih muda. Kemudian dicuci hingga bersih, dan tumbuk. Tambahkan dua sendok makan minyak kastroli, kemudian remas-remas. Hasilnya dioleskan pada kulit kepala sambil dipijat. Agar tidak mengotori tempat, bungkus rambut dengan handuk dan biarkan semalaman. Supaya tidak terlalu merepotkan, sebaiknya cara ini dilakukan menjelang tidur. Paginya, rambut dibilas dan dikeramas sampai bersih cc. Setelah itu airnya disaring, kemudian diminum.

Tips Pekerja Cemerlang

7 Tips Pekerja CemerlangPDFCetakE-mail


  1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.

  1. Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.

  1. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?

  1. Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.

  1. Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.


  1. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

    Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime.

    Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.
  2. Komited.
    Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.

    Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.
  3. Bijak Menyelit.

    Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.

    Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja. Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

    Pekerja Sasaran
  4. Belajar Tanpa Henti.

    Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.

    Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

    Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.
  5. Hormat Semua Orang.

    Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

    Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.

    Takde gunanya Anda jadi ‘bising’ maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.
  6. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.

    Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.

    Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

    Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.

    Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang!

    Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.

    Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep ‘memberi’, tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.

    Lebih banyak Anda memberi, lebih banyak juga Anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada Anda. Dijamin !

DURI 7=Pokok Jarum Tujuh Bilah




Sejak tersiarnya posting bertajuk "Ikhtiar terakhir Untuk Pesakit Kanser" dengan rawatan menggunakan pokok Belalai Gajah atau "Sabah Snake Grass". 


Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEAN yang lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan jenis paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.

Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.



Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain. 
2. Sakit Buah pinggang.
Tiga Cara Rawatan: 
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum. 
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari. 
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum. 
Peringatan:Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa.

Clock showing the local time right now in Kuala Lumpur (Malaysia Time Zone)

What is the International Telephone Dialling Code for Malaysia?

The International Dialling Code for Malaysia is +60.

KALAU BERMINAT DAN UTK DIJUAL HUBUNGI -habapwj@gmail.com