Rabu, 10 Oktober 2012

ulam sebagai awet muda-SAMBUNG NYAWA




PENGALAMAN SAYA SENDIRI =DARAH TINGGI MENURUN.

TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus
Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. 
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.
Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.
Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.

SESIAPA BERMINAT HUBUNGI : HANAFI TEL 016-9229408

AREA CHUKAI KEMAMAN


snyawa-hitam-atas snyawa-hitam snyawa-hitam-daun

Sambung Nyawa Ungu/ Okinawa Spinach-TIADA STOCK



  • Juga dikenali sebagai Sambung Nyawa Hitam, Okinawan Spinach, Edible Gynura, Red Okinawan, Red Vegetable, Handama, Suizenjigusa, Purple Spinach.
  • Nama saintifik lain ialah Gynura crepidioides .
  • Mempunyai batang yang berwarna ungu kehitaman.
  • Permukaan daun berwarna hijau diatas dan ungu gelap dibawah.
  • Cantik ditanam sebagai tanaman hiasan yang boleh dimakan.
  • Hidup dengan baik di tanah yang bersaliran baik dan separa teduh.
  • Dimakan segar sebagai salad dan juga dimasak sebagai sayuran yang baik untuk pesakit anemia, perempuan hamil.
  • Mengandungi zat besi dan menurunkan paras kolestrol.
  • Khasiat yang lain seakan sambung nyawa hijau.

Khasiat

Ia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit diabetis.[1]


Khasiat daun sambung nyawa


Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.
Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.
Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.
Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain





Tiada ulasan:

Catat Ulasan